Wednesday, March 23, 2011

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

"Ini perancangan yang teliti dan dilindungi," itu kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang itu yang membidas penglibatan suaminya dalam skandal video seks lucah yang mengemparkan negara semalam.

Malah, beliau tidak menolak cubaan terdesak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mensabitkan Anwar dengan konspirasi terbaru selepas mendapati kes pendakwaan fitnah kedua ke atas Anwar tidak lagi relevan di mahkamah.

"Memang ianya konspirasi sebab kes Saiful akan kalah. Jadi buat satu kes yang baru dan ini bermotifkan politik. Buat di Carcosa Seri Negara, satu tempat yang ekslusif yang didalangi dan yang dipanggil editor-editor atasan. Ini perancangan yang teliti dilindungi," ujar Azizah


Beliau hadir mengiringi Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi berhubung cubaan peras ugut bermotifkan politik oleh individu yang hanya dikenali sebagai "Datuk T".

Selain menggunakan khidmat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan perlindungan, individu itu turut memeras ugut untuk menyebarkan rakaman video itu kepada umum sekiranya Wan Azizah dan Anwar enggan melepaskan jawatan parti politik yang disandang dalam masa seminggu.

Namun setakat ini tiada individu yang tampil membuat pengakuan malah kesahihan individu yang didakwa sebagai ketua pembangkang dalam video terbabit masih meragukan di kalangan pengamal media yang telah menontonnya.

Anwar dalam kenyataannya hari ini mengutuk keras perbuatan itu selain mendakwa ianya didalangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menjejaskan karier politik beliau sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Dalam laporan yang dikemukakan kepada polis sebentar tadi, beliau menuntut agensi kerajaan itu melakukan siasatan secara telus malah tidak tunduk kepada tekanan politik.

Seterusnya Anwar memberitahu media akan menunggu respon daripada Menteri Dalam Negeri berhubung konspirasi terbaru itu.-TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...