Thursday, March 24, 2011

Rahim Thamby Chik Kembali Dilayar Perak

Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dikatakan menjadi dalang fitnah video lucah adalah Pengerusi Risda dan bekas Naib Presiden Umno selain menjadi Ketua Menteri Melaka yang mempunyai “dendam kesumat” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada tahun 1994, Perdana Menteri Najib Razak melantik Rahim untuk memimpin Risda pada Jun 2008.

Pendakwaan rogol terhadap Rahim bagaimanapun ditarik balik atas alasan tidak cukup bukti sungguhpun pejabat pendakwaraya dilaporkan mempunyai bukti kukuh termasuk kenyataan mangsa dan anggota keluarganya.

Beliau dilihat sebagai sekutu kuat Tun Mahathir Mohamad yang dikatakan melindungi Rahim daripada disabit atas tuduhan rogol itu.


Rahim menyalahkan Anwar atas pendedahan kes rogol itu. Beliau dikatakan bertindak balas dengan membiayai penulisan buku Lima Puluh Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM yang memberi alasan kepada polis untuk menangkap Anwar pada tahun 1998.

Buku itu merupakan coretan fitnah bekas penulis sukan Khalid Jafri dengan tujuan mengaibkan Anwar dan memberi alasan kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memecat Anwar dari kerajaan dan Umno.

Sungguhpun dilepaskan dari tuduhan rogol, kerjaya politik Rahim terjejas setelah beliau gagal untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan Umno yang menyusul.

Namun di bawah pentadbiran Najib, Rahim mendapat nafas baru dalam karier politiknya dan disifatkan “aset’ penting Perdana Menteri, seperti mana Tan Sri Abdul Samad Isa dilantik pengerusi Felda walaupun digantung oleh Umno selama tiga tahun kerana rasuah politik.

Datuk Shazryl yang dikenal pasti sebagai Datuk T yang menjemput ahli media menyaksikan video fitnah Anwar adalah bekas Konsul Thailand di negara ini yang berasal dari Kedah dan, seperti Rahim Thamby Chik, adalah penyokong kuat Mahathir.

Beliau kini terbelit dengan kes mahkamah untuk menunutut RM20 juta sebagai komisyen daripada sebuah syarikat kerana mendapatkan kontrak bagi pembinaan jambatan bengkok 13 tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa Shazryl mendapatkan kontrak itu untuk syarikat berkenaan dengan bantuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Megat Junid Megat Ayob pada tahun 1998.

Projek itu bernili lebih RM680 juta. Anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl dilaporkan rakan kongsi perniagaan industri automotif.-TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...