Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.
Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa,(gambar atas) sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.
“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.
Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti
Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan.-K/Daily
No comments:
Post a Comment