Saturday, March 26, 2011

Video Seks 'Siri Fitnah Ketiga' Terhadap Anwar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan yang diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin itu diadakan sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...

Ianya antara siri mobilisasi AMK bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa yang didakwa mereka 'siri fitnah ketiga' terhadap Anwar selepas fitnah liwat pertama 1998 dan liwat kedua yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.


"Ianya adalah siri fitnah yang ketiga bagi memastikan Datuk Seri Anwar terus dihina dan diaibkan oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan reformasi yang kita kemukakan kepada rakyat," kata Shamsul kepada kira-kira 100 orang yang hadir mendengar.

Dalam ucapannya juga, dia turut menyelar niat sebenar Tan Sri Rahim Thamby Chik iaitu individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.


Selain Rahim, dua lagi rakannya iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim didakwa turut terlibat dengan menggelarkan diri mereka bertiga sebagai 'Datuk T'.

"Kita tahu Rahim Thamby Chik ni sifat dan karektornya. Dia merupakan pelaku penting dalam kes ini. Dia memberikan sogokan wang kepada seorang ahli parlimen Keadilan untuk keluar Keadilan," katanya lagi.

Selasa lalu, Anwar yang juga ketua pembangkang membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Anwar turut mendakwa penglibatan Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka, adalah bukti pembabitan pemimpin peringkat tertinggi Umno.

Terdahulu AMK turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan dalam kes itu kerana dipercayai terdapat unsur rasuah dan penyelewengan.

Mereka juga memberitahu akan ke pejabat Risda, Jalan Ampang bagi menyerahkan memorandum mendesak Rahim yang juga pengerusi Risda agar meletakkan jawatan.

"Kita mesti hentikan sifat politik yang khianat dan keji seperti ini," katanya.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...