Sunday, March 13, 2011

Halang Sivarasa Masuk Sarawak Persis Amalan Mubarak – Anwar


Alasan Taib yang memanipulasi undang-undang untuk menghalang Sivarasa memasuki Sarawak adalah  sebagai tidak relevan. Tindakan  itu melambangkan tidak demokratik dan takut dengan bayang-bayang Sivarasa. Undang-undang yang diguna itu tidak relevan dan bermotifkan politik
Baca selanjutnya di bawah ini ..

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan melarang Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah daripada masuk ke Sarawak persis amalan regim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri menghalang Sivarasa di lapangan terbang Kuching di sini, hari ni.

“Tindakan menghalang Sivarasa itu merupakan kali kedua selepas mengalami kejadian sama pada 2009,” katanya semasa memberi ucapan sempena Konvensyen Sarawak di Bau, Kuching.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata alasan kerajaan negeri yang memanipulasi undang-undang untuk menghalang Sivarasa sebagai tidak relevan.

“Undang-undang yang diguna itu tidak relevan dan bermotifkan politik,” ujarnya.
Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa Rasiah telah ditahan dari memasuki Sarawak sebaik tiba di lapangan terbang yang dijemput ke Konvensyen KEADILAN yang berlangsung sepanjang hari ini.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kuching, pagi tadi dilarang dari menjejakkan kaki ke negeri itu oleh pegawai imigresen Sarawak.


Larangan dari Taib Mahmud

Sementara itu, Sivarasa ketika dihubungi Suara Keadilan selepas ‘pulang’ ke Semenanjung berkata, beliau diberitahu oleh Pegawai Imigresen bahawa larangan itu adalah dari Pejabat Ketua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Pegawai Imigresen hanya memberitahu saya, larangan itu mengikut notis dari Pejabat Ketua Negeri yang tidak membenarkan saya masuk mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a),” kata Sivarasa.
Ketika sampai di Lapangan Terbang Kuching 10.15 pagi hingga 12.30 petang, beliau tidak dibenarkan keluar ke mana-mana, hanya dibenarkan berada di bilik Imigresen sahaja.

Menjawab satu soalan, Sivarasa berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya untuk bertindak balas terhadap larangan itu.
Ini kerana menurut beliau, seksyen tersebut tidak boleh diguna pakai untuk urusan politik.

“Jika atas urusan politik, seksyen 67 menyebut; …(larangan) tidak akan berkuatkuasa atas seorang warganegara yang memasuki Malaysia Timur untuk kegiatan politik yang sah,” jelas Sivarasa.
Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang masuk Sarawak selepas 2009, juga atas ‘larangan’ sama.-Keadilan daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...