Saturday, March 19, 2011

Taib Undur Selepas Pilihan Raya Sarawak, Dijangka Umum Hujung Minggu


Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib.  Akibat amalan rasuah dan nepotisme  menjadikan beliau dan keluarga beliau kaya raya. Rakyat Sarawak seharusnya bangkit dan membuat perubahan dengan menolak kepimpinan Taib yang merajui Sarawak  hampir tiga dekad.   .
Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.Sungguh pun kekayaan bumi Sarawak tidak dapat dinafikan tapi kehidupan keseluruhan rakyatnya penuh kemiskinan 
Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau.
Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu.
.Baca Artikel selanjutnya di bawah ini ..

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.

Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok.”


Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai.


Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau.

Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu.

Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertading lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN.

Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri “deposit hayat” bagi BN.

Bagaimanapun sebagai kompromi, Taib dikatakan bersetuju kepada syor bertanding tetapi meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebagai pilihan raya.

Penggantinya kemungkinan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Abang Johari Abang Openg atau Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan.

Nama Abang Johari sudah lama muncul dan kali pertama menamakan beliau sebagai kemungkinan penggantinya pada 1992.

Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu.

DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi.

Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap untuk menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu.

“Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Katanya, BN Sarawak terjejas ekoran isu Alkitab selain dakwaan rasuah membabitkan Taib dan keluarganya.

Awal minggu lalu bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib.

Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai “jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita.”

Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah.

Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.- M/Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...