Friday, March 18, 2011

Zaid Cuba Pecah Belah Pakatan Sebab Dendam Pada Anwar

Zaid yang hipokrit serta munafik ..
Zaid yang mempunyai guaman sendiri dan terlatih dalam bidang undang-undang sepatutnya dapat memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 
 tiba-tiba percaya dengan ketulusan pembicaraan ini. Sebagai seorang peguam beliau perlu melihat ketelusan dan keadilan dalam pembicaraan bukan mendendami  Anwar sebagai seorang musuh politiknya. Janganlah kerana mendendami Anwar,  prinsip keadilan yang beliau perjuangkan selama ini digadaikan. Begitulah sifat manusia yang munafik hidup tanpa keimanan
Baca selanjutnya di bawah ini ...
Percubaan Datuk Zaid Ibrahim untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat termasuk melepaskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim  sehingga mengorbankan maruahnya sendiri menggambarkan kejahilan beliau.

“Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke
tahap serendah Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) dan GAPS
(Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) dalam meneruskan dendamnya
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN,
Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media kepada Keadilan
Daily.com.
Menurut Nik Nazmi, campur tangan Zaid yang juga bekas Menteri Undang-
undang dalam perbicaraan Fitnah II berhubung permohonan pihak pendakwa
yang mahu DNA Anwar diserahkan kepada mahkamah membuktikan beliau mudah lupa dengan prinsip keadilan walaupun pernah bersama KEADILAN dalam tempoh singkat.

“Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang
dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-
tiba percaya dengan integriti sistem ini,” kata Nik Nazmi.
Beliau mengulas demikian sebagai respon terhadap percubaan Zaid yang
kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk
memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mendakwa bahawa PAS tidak bersuara dalam kes Fitnah II.
“Ini menunjukkan kejahilan beliau (Zaid) tentang sokongan PAS serta
prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapati
bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa,” jelas Nik
Nazmi.
Konspirasi untuk bunuh karier politik Anwar
Nik Nazmi menegaskan, Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan pasukan peguam pembela tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada.
Kata beliau, pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah
jelas yakni pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan
untuk membunuh karier politik beliau.
“Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwa menafikan
semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil
daripada tubuh dan pakaian (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan).
“Sebagai peguam, Zaid sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan
protokol ujian DNA dan secara automatik mengecualikan bukti tersebut
dalam mana-mana perbicaraan adil,” jelas Nik Nazmi.
Beliau berkata, pihak pendakwa jelas sekali memerlukan DNA Anwar untuk
berada di dalam dubur Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka.
“Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan
menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya
mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.
“Sejak hari pertama, kes Anwar dipenuhi pelbagai percanggahan dan
kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar
Ibrahim, kes ini akan dibuang daripada mahkamah,” tegasnya.
Tambah beliau, seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar
untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum
Saiful mendakwa beliau diliwat.
Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan, beliau
mengaku bertemu dengan Saiful, kononnya untuk membantu Saiful
mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang
mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat.
Malah, laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur
menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful.
Menurut Nik Nazmi, penolakan tersebut turut menghalang pasukan pembela
dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas.
Katanya, penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwa mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu.
“Atas sebab itu adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk
Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwa mengesahkan
keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka,” katanya.
Oleh sebab itu, menurut Nik Nazmi, Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful
mengaku bertemu dengan anggota polis kanan, Rodwan Mohd Yusof dua kali
sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku.
“Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwanlah orang yang memindahkan
DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkannya pada
tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
“Bahkan isu DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum
dijawab. Pada masa yang sama, pegawai penyiasat, (DSP) Jude Pereira
mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di
dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada
kerosakan.
“Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan
tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar
dijelaskan. Pada 1998, institusi polis yang sama yang telah mereka bukti
termasuk bukti DNA terhadap Anwar,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...