Wednesday, March 30, 2011

Jangan Beri Perlindungan Kepada Dalang Video Seks Palsu- MP KEADILAN

Datuk T- Siapa dalangnya..?
Umno-BN adalah pengkhianat kepada sistem demokrasi. Dengan kata lain menjadi pengkhianat kepada sistem undang-undang  yang  tersedia ada di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO-BN menjadi pelindung kepada Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah. Jika tidak, kenapa kedua Datuk T.  tidak didakwa dan diambil tindakan undang-undang? Kenapa banyak sangat alasan yang diberi oleh Nazri Aziz bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.
 Bukankah mereka pembuat dan pencipta serta pengedar video seks palsu? Pengedar, pembawa dan pencipta adalah salah disisi undang-undang negara ini. Tapi Kenapa Nazri Aziz masih lagi berdolak dalih sehingga mengelirukan rakyat. Cakap sajalah, jika juak-juak UMNO yang melakukan kesalahan harus dilindungi. sekalipun mereka bekas perogol gadis belasan tahun.
Jika Nazri Aziz juga sebagai pengamal undang-undang, kenapa undang-undang harus dilacurkan demi  menyelamatkan mereka berdua. Apakah kepentingannya? Anggapan saya sudah pasti UMNO-BN menjadi dalang dan tali barut kepada Datuk T.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.

“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.

Yusmadi seterusnya memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.


Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.

Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.

Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).

Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...