Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena pada orang zalim sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja. .Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang. Adalah menjadi tangggungjawab kita rakyat negara ini untuk bangkit dan menentang perbuatan keji fitnah ini.
Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja.Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagai impirasi kebangkitan rakyat. Fitnah ini terpaksa disebarkan UMNO kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya
Seharusnya umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak, keadilan dan kebenaran dalam politik serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang fasik dan munafik.
Justeru itu Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Justeru itu Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.
Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.
Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.
Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.-K/Daily
No comments:
Post a Comment