Thursday, March 24, 2011

Video seks: Najib Bertanggungjawab Teruskan Fitnah- Saifuddin

Sebelum ini, Anwar berulang kali menjadi mangsa fitnah kerajaan Umno. Semenjak beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998, Mahathir Kutty telah memfitnahkan Anwar sebagai peliwat gara-gara takut Anwar bertanding menentangnya di Perhimpungan Agung UMNO.
 Kini  Najib pula merancang menuduh Anwar melakukan sexs luar tabie bagi membuuh karier politik Anwar.  Cara ini digunakan UMNO bagi menghalang Anwar terus bersuara demi takut tembelang kejahatan pemimpin-pemimpin UMNO diketahui rakyat. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap rakaman klip video fitnah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu dibuktikan melalui pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Chik adalah dalang video seks berkenaan.

Menurut Saifuddin, Najib turut terbabit dalam skandal itu menerusi satu rancangan pertemuan yang diatur oleh Abdul Rahim, sekiranya Johari dan ahli pimpinan KEADILAN setuju meninggalkan perjuangan parti itu.


“Mengikut Johari, beliau dipujuk Rahim tamby Chik untuk keluar parti (KEADILAN) dan berjanji untuk membawanya berjumpa PM dengan tawaran kewangan.
“Ini membuktikan bahawa PM mengetahui berhubung perkara ini malah saya berani menyatakan bahawa PM terbabit dengan fitnah ini. Asas ini cukup membuktikan semua ini rancangan jahat pimpinan Umno untuk menjatuhkan Anwar,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, perkara itu jelas menunjukkan Najib meneruskan budaya fitnah yang diamalkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau sehubungan itu mahu Najib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rakaman video seks fitnah berkenaan.

“Najib perlu bertanggungjawab di atas kesemua fitnah ini malah bertanggungjawab kerana membiarkan pemfitnah terlepas tanpa dihukum malah ditawarkan ganjaran untuk memburukkan nama Anwar termasuk meninggalkan parti,” tegas Saifuddin.

Sebelum ini, Anwar berulang kali menjadi mangsa fitnah kerajaan Umno bermula sejak beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.

Beliau dituduh melakukan seks luar tabie, salah satu cara yang digunakan Umno bagi membunuh karier politik beliau.
Selepas dibebaskan daripada penjara pada 2004, Anwar kembali semula ke persada politik tanahair. Namun kemunculannya menjadi igauan negeri bagi Umno-Barisan Nasional sehingga terpaksa menggunakan skrip yang sama pada 1998 bagi memenjarakan semula pejuang rakyat itu.

Pada 16 Julai 2008, Anwar menghadapi kes liwat terbaru, selepas satu laporan polis dibuat Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah di pejabatnya pada Jun 2008.

Menurut Saifuddin, Umno-BN semakin terdesak dengan kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat yang semakin hampir ke Putrajaya, dengan menyebar fitnah kotor dan jijik, kali ini membabitkan tuduhan seks dengan wanita.

“Terbaru dakyah politik kotor Umno BN sekali lagi menyerang Ketua Umum KEADILAN itu dengan mendakwa Anwar adalah individu yang beraksi dalam klip video seks dan kali ini membabitkan seorang wanita pula.

“Perkara ini disahkan oleh Datuk Johari Abdul (dalam sidang media) pagi tadi dan beliau mengesahkan dakwaan ini berlandaskan tiga perkara.

“Pertama, fitnah ini didalangi oleh pimpinan Umno, kedua pimpinan tertinggi terbabit dan merupakan dalang di sebalik (fitnah ini) adalah Rahim Thamby Chik,” katanya kepada Suara Keadilan./Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...