Rakyat Malaysia harus menolak taktik kotor dan usaha jahat pihak tertentu terutama UMNO sebagai dalang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO takut untuk berdepan dan berhujah dengan Anwar secara profesional melalui politik yang berilmu? Apakah Najib sebagai Perdana Menteri juga takut dengan Anwar? .Terpaksa reka cipta isu sex dan dubur hanya untuk mengekalkan kuasa.
UMNO langsung tidak ada mileage politk yang bermaruah. Untuk berpolitik secara insan yang berilmiah , mungkin tidak ada pada pemimpin-pemimpin UMNO. Apa yang mereka miliki hanyalah memfitnah, reka cipta video sex dengan berlandaskan fakta palsu.
Umno terpaksa melakukan sandiwara dan cerita-cerita dongeng zaman pak pandir hanya untuk menyekat Anwar dari terus mengungguli sebagai ketua pembangkang dalam politik Malaysia.
Dari kaca mata Najib dan juak-juaknya hanya Anwar yang jadi satu-satunya batu penghalang untuk mereka terus berkuasa. Justeru itu politik Anwar harus dicantas samada cara jahat atau baik terpaksa dilakukan demi survival politik mereka yang kian tenat.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak fitnah terbaru video lucah yang cuba mengaibkan beliau dan keluarganya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral seseorang itu perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan, apatah lagi sekiranya berita itu datangnya dari orang yang diragui kebenaran percakapannya.
Bercakap kepada media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini, Hadi menuntut rakyat Malaysia untuk menolak taktik kotor dan usaha pihak tertentu yang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan lawan politik mereka.
Beliau merujuk kepada tindakan pihak tertentu yang menyebarkan video yang didakwa sebagai bukti salah laku seksual yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
.
“Amalan ini hendaklah dihentikan. Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjadi contoh yang baik. Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan fitnah dengan menggunakan video adalah tidak bermaruah.
Anehnya, mengapa rakaman tersebut timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan. Mungkin ada kepentingan politik pihak tertentu,” ujarnya.
“Islam mewajibkan 4 orang saksi yang adil bermaruah untuk dikemukakan. Kita perlu perlu meneliti gambar dan peralatan dan individu yang membawa bukti itu sama ada ia mempunyai sifat jahat dan bohong. Sekiranya wujud, ia tak layak untuk dijadikan maklumat yang betul,” katanya.
Kepada satu soalan wartawan yang ditujukan kepada Anwar berkenaan sama ada beliau bersedia untuk bersumpah bagi menafikan keterlibatannya dalam video tersebut, Hadi bingkas menjawab bahawa sebarang tindakan lanjut adalah berdasarkan kedaulatan undang-undang.
“Perkara sumpah itu tidak perlu dibangkitkan. Kita kembalikan kepada mahkamah syariah. Yang akan menentukan siapa yang perlu bersumpah ditentukan oleh mahkamah,
bukannya media,” kata Hadi.
Dalam pada itu, Hadi menjelaskan, kecelaruan yang kini berlaku di dalam negara adalah diakibatkan oleh ketiadaan pemisahan kuasa di antara politik, mahkamah dan
pentadbriran.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia mengutuk tindakan fitnah terbaru terbaru terhadap Anwar itu dan ia menunjukkan politik ‘pembunuhan karakter’ sudah mencapai ‘tahap baru’.
Kit Siang turut mempersoal pemasaan tayangan video itu yang bertepatan dengan masa pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia, terutamanya di Sarawak tidak terpengaruh dengan taktik sebegitu rupa.
“Mereka yang mereka video itu berharap mendapat kelebihan dalam pilihan raya Sarawak. Ini adalah ujian kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan taktik kotor sebegini. Semoga pilihan raya Sarawak mampu mengangkat semula martabat Malaysia,” kata Lim.
Terdahulu sebelum itu, pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan penyertaan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangkakan pada bulan April depan dengan kerjasama termasuk dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyeleras jentera kempen Pakatan Rakyat adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai dan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.-KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment