Wednesday, March 30, 2011

“Aku Tak Tergila Nak Tengok Video Tu”

Umno makhluk perosak sistem demokrasi ..
Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa meski pun bertentangan dengan undang-undang negara. Bercakap negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Tapi itu hanya demokrasi ala  UMNO yang sering dijadikan modal politik songsang untuk kepentingan mereka.  

 Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Sistem kehakiman dan Mahkamah terus dilacurkan hanya untuk melindungi juak-juak mereka.  
Asalkan nama itu Anuar Ibrahim, pembicaraan pasti akan menjadi lintang pukang. Kes liwat dicipta dan perogol gadis belasan tahun dilindungi,   buat kenyataan tidak ada bukti dalam siasatan asalkan menjadi tali barut UMNO. Perasuah-perasuah dilindungi asalkan menjadi "pak turut" mereka. Dalam pembahagian projek dan tender.. kau satu .. aku tiga.. kau tiga aku sepuloh.. yang ini untuk aku... keluarga aku .. dan kroni-kroni aku. Begitulah keadilan dan sistem demokrasi yang tempang.  Hanya kroni yang untung. Rakyat juga yang merana


Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.


Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.-Hrkhdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...