Thursday, March 17, 2011

A Doctor In The House- Didakwa 'Didalangi' Penulis Hantu

Apa yang ditulis  Mahathir menerusi buku "A Doctor in the House" dengan fakta yang bercelaru itu bertujuan untuk melonjakkan karier politik anak nya, Mukhriz selain mengipas isu-isu basi yang banyak dengan cerita-cerita dongeng berkaitan dengan Anwar yang penuh penipuan adalah bermotifkan politik untuk kepentingan diri sendiri. Dendamnya terhadap Anwar mungkin sampai ke lubang kubur ..
Baca selanjutnya di bawah ini..
Pendedahan berani Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi buku "A Doctor In The House", disyaki 'didalangi' penulis hantu untuk menjayakan agenda politik tertentu, kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz, memoir dengan fakta yang bercelaru itu bertujuan untuk melonjakkan karier politik anak Mahathir, Mukhriz selain mengipas isu-isu basi yang tidakbertepatan dengan cerita asal, adalah bermotifkan politik.

"Apa yang dikatakan sebagai memoir ini ada satu pembohongan dan saya syak bahawa ada penulis upahan atau penulis hantu yang menulis buku ini, kerana perkara-perkara yang disebut tidak betul.

"(Mahathir) cuba menyelamatkan Umno dalam keadaan yang getir sekarang, secara tidak langsung melonjakkan karier politik anak beliau, jadi penulisan buku ini dan di dalam blog beliau sengaja dibuat untuk mengipas isu-isu basi supaya rakyat tertumpu kepada isu-isu ini," kata Aziz.


Ujarnya lagi, melihat kepada memoir itu yang membangkitkan banyak isu lama dan sering menyalahkan pihak lain, menunjukkan matlamatnya yang mahu menyelamatkan kepimpinan Umno-BN yang kian pincang hari ini.

"Ini satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan helah politik untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu yang membebankan rakyat dan ia juga untuk menyelamatkan pimpinan Najib Razak"

Mengulas lanjut isu kandungan memoir tersebut, Aziz menyifatkan ianya adalah satu karya penulisan yang aneh dan ganjil selain penulisan yang hanya menggambarkan setiap perbuatannya adalah betul tidak sebaliknya kepada individu lain.

"Beliau dikenali sebagai seorang yang pelupa, jadi apabila beliau berjaya menulis perkara-perkara puluhan tahun dan setengahnya semasa beliau kecil,ini adalah satu perkara yang aneh dan ganjil,"katanya lagi.

Antara kes dan individu yang sengaja dilibatkan dalam memoir tersebut adalah kes Tengku Razaleigh Hamzah yang terlibat dalam politik wang ketika pemilihan Umno 1987, Tun Salleh Abbas berhubung komen pengubahsuaian Istana Negara dan pembohongan terbesar ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun sikap 'menikus' pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri, Najib Razak dalam hal ini dilihat didorong oleh faktor ketakutan kerana banyak rahsia pimpinan parti itu berada dalam genggaman Mahathir.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...