Monday, March 28, 2011

 Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar

Apakah Soi Lek masih ingat ..?
Bila Soi Lek berbicara soal akhlak....  Aku pun geli hati. Bila Soi Lek nak berbicara soal moral, kenalah lihat diri sendiri. Aku rasa beliau hilang ingatan agaknya dan lupa peranan beliau dengan Ah Moi dalam VCD beberapa dulu. 
Chua Soi Leh kena cermin diri beliau sepenuhnya. Beliau sendiri pernah menjadi pelakon utama dalam VCD sek. Apakah beliau tidak ingat? Sehingga beliau meletakkan  jawatan sebagai Menteri Kesihatan serta kesemua jawatan dalam MCA.  
Soi Lek tidak perlu mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah Soi Lek ingat beliau  seorang yang bersih ?. Apakah beliau baik moralnya? Begitu juga dengan Najib, kenapa  tidak ambil tindakan terhadap Soi Lek?  

Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih.


"Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian?

"Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu.

"Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi.

Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar.

Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah-Hrkhdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...