Friday, April 1, 2011

Siasat Anwar Bawah Akta Hasutan, Polis Berniat Jahat

Haruskah Anwar dizalimi ?
Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas. Polis sepatutnya bersikap profesional dan tidak tunduk kepada mana-mana parti politik.
Di kaca mata rakyat imej polis tercalar kerana bersikap 'double standard' terhadap Anwar. Segala apa yang Anwar lakukan semuanya menjadi kesalahan dan tidak berlandaskan  sebuah negara demokrasi, bertentangan dengan slogan Tegas, Adil dan Berhemah', begitu juga  dengan pemakaian lencana 'Integriti Amalan Kita'.  Hanya slogan yang dibanggakan, perlaksanaan dan tindakannya  masih lagi tidak berkualiti mengikut selera politik.
 Sepatutnya dengan slogan itu, dapat meningkatkan prestasi dan kewibawaan pasukan polis. Tapi setiap perhimpunan atau ceramah Anwar, pihak polis sentiasa bertindak agresif dengan menyekat serta tidak mengeluarkan permit, melambangkan 'Intergriti Amalan Kita' tidak menjadi ikutan. Di  dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang dipilih dari mandat rakyat membuat kritikan kepada pemerintah yang tidak adil dan menjawab tuduhan fitnah terhadap beliau.

Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

“Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

“Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

“Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa,” tegas beliau.

Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera dan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan BN ke atas pasukan polis.

Pada 27 Mac lalu, sepasukan lebih 200 anggota polis merempuh program ceramah yang dihadiri Anwar di Taman Melawati Gombak.

Dalam kejadian tersebut, Anwar diheret turun dari pentas ceramah, menyebabkan kira-kira 5,000 yang hadir pada program itu, berang dengan tindakan polis tersebut.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...