Kaum Cina bersatu bukanlah berdasarkan sentimen perkauman sebaliknya bagi menentang pemimpin yang korup dan rasuah serta tidak membawa kebaikan dalam mewakili mereka.
Memang tidak rasional jika kita katakan DAP memenangi kerusi dalam Pilihan Raya adalah disebabkan sentimen kaum. Secara logiknya mereka bukannya menentang calon Melayu. Kebanyakan kerusi-kerusi yang ditandinginya bukan kawasan majoriti melayu. Setiap kali dalam pilihan raya kebanyakannya mereka menentang calon Cina dari MCA-BN bukan menentang calon-calon melayu dari UMNO. Mereka nak menang pun harus mendapat sokongan kaum lain termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Harus diingat masyarakat Tionghua tolak MCA atau Cina BN, bukan diatas perkauman. Itu tidak lojik. Orang-orang Cina menolak calon-calon Cina dari MCA disebabkan mereka bersekongkol dengan BN yang rasuah, tidak adil dan jahat. Itulah jawapannya. Apakah kerana masyarakat Cina menolak Cina dari BN dianggap DAP mengunakan isu perkauman? Itulah pandangan sempit oleh pemimpin-pemimpin BN yang rasis.
Dalam keadaan hari ini setelah orang-orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional maka kita mainkan isu perkauman yang begitu sensitif. Kejayaan DAP memenangi kerusi-kerusi di pilihan raya Sarawak baru-baru ini, dianggap diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan ole DAP. Tetapi kenapa selama ini jika Cina MCA dari BN menang, pemimpin dari UMNO BN tidak menganggap Cina dari MCA itu menang diatas mainan isu perkauman? Itulah kenyataan bodoh dan hipokrit dari pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya dikalangan pemimpin UMNO.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini
Ahli Lajnah Politik PAS Pusat Khalid Samad menolak tanggapan Utusan Malaysia dan Mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo bahawa Konsep 1 Melayu 1 Bumi adalah perjuangan yang sah dan mulia untuk menyatukan Bangsa Melayu bagi menghadapi 'penyatuan Masyarakat Cina'.
Menurut Khalid, kaum Cina bersatu bukanlah berdasarkan sentimen perkauman sebaliknya bagi menentang pemimpin yang korup dan rasuah serta tidak membawa kebaikan dalam mewakili mereka.
"Masyarakat Cina telah maju dari segi politik mereka. Mereka tidak lagi bercakap mengenai politik perkauman. Mereka lebih membicarakan persoalan kerajaan prihatin, telus dan adil. Fahaman politik mereka telah meningkat. Masyarakat Melayu pula masih dibelenggu politik perkauman, tidak fikir persoalan keadilan, kebenaran, rasuah dan sebagainya. tapi Melayu bersatu, atas dasar apapun tak tau. Masalah ini berpunca dari UMNO yang ingin kekalkan politik Melayu di tahap yang rendah.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo hari ini mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.
Selain Khir, beberapa Pemimpin UMNO seperti Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya Datuk Ahmad Zahid Hamidi turut menyokong Utusan dan menganggapnya sebagai 'Suara kaum Melayu' bertentangan dengan perjuangan Presiden mereka Datuk Seri Najib Razak yang cuba mempopularkan konsep 1 Malaysia.
Menurut Khalid beliau tidak melihat sebarang tujuan penyatuan konsep tersebut dapat membawa kebaikan kepada orang Melayu.
"Kita bercakap dari fakta, bukan sekadar daripada tajuk sahaja tapi apa yang dikatakan dalam ucapan-ucapan dan kita nampak konsep 1 Melayu 1 Bumi di mana kita bersatu kerana bangsa saja dan apa yang diperjuangkan itu adalah baik atau sebaliknya.
Khalid menegaskan, adalah tidak logik mengatakan DAP memenangi kerusi dalam Pilihan Raya kerana sentimen bangsa kerana mereka bukannya menentang calon Melayu.
"Dia nak menang di kerusi-kerusi itupun perlukan sokongan kaum lain. Setiap kali DAP bertanding, biasanya calon Cina lawan calon Cina. Masyarakat Cina tolak Cina BN sebab nak kerajaan yang bersih, telus dan adil. Bagaimana nak dikatakan perkauman sedangkan calon Cina menentang calon Cina?"
Justeru beliau menegaskan permainan Utusan ini hanyalah mainan UMNO untuk menakutkan orang Melayu.
"Tapi orang Melayu terus ditakut-takutkan supaya kekal dalam politik dunia ketiga iaitu politik perkauman. Mereka kata kalau UMNO jatuh, DAP naik, sedangkan tak ada satu kerusipun UMNO lawan DAP. Kalau UMNO lawan, dia akan lawan calon PAS atau calon Melayu PKR. Kalau UMNO Kalah yang naik adalah PAS atau calon Melayu PKR-Tvsn.
No comments:
Post a Comment