Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (gambar) akan mendedahkan sesuatu yang penting berkaitan Video fitnah yang dipertontonkan kepadanya di sebuah hotel baru-baru ini.
Menurutnya, beliau sedang memeriksa sumber itu sekali lagi hari ini sebelum mengeluarkan satu kenyataan petang esok.
Difahamkan, individu yang menempah bilik di mana video itu dipertontonkan kepadanya mempunyai kaitan dengan seorang kenamaan dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.
Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu yang mulanya ditayangkan trio Dato T di Hotel carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, yang turut dipertontonkan kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul.
Namun Badrul dan Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badan pelaku dalam video seks terbabit.
Semalam, beliau turut mengulas sedutan video rakaman tersebut, yang dimuat naik ke laman You Tube dan disiar oleh blogger Umno-BN.
Menurutnya, Video lucah hampir dua minit itu sengaja disunting sebegitu rupa supaya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan,” kata beliau yang lebih mesra dengan panggila Che Gu Bard.
Sementara itu, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dalam sidang media hari ini turut menafikan Anwar adalah individu dalam rakaman itu.
“Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk tubuh Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuhkan lagi memandangkan sejak lebih setahun lalu , anak-anak saya sering menemani papanya setiap kali beliau pergi membuat aktiviti senaman dan fisioterapi sebagai sebahagian dari pemulihan tulang belakang.
“Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan terbaru itu adalah satu fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau tidak bukan kami keluarga terdekat yang telah bersama beliau dalam susah dan senang,” kata Azizah.
No comments:
Post a Comment