Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu |
Tak ada modal politik, Kini isu 'Bazar Tok Guru' dijadikan modal politik sempit Umno ...
Umno tidak mampu lagi berselindung di sebaliknya isu ditimbulkan Persatuan Peniaga Arked MPKB berkaitan kemudahan ruang niaga disediakan kerajaan negeri di Bazar Tok Guru.Sejak dari awal lagi persatuan terbabit dan Persatuan Peniaga Arked Uda dipengaruhi Umno sehingga sering dilihat mengadakan pertemuan dengan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.
”Orang kanan persatuan ada memberitahu peniaga bahawa kita semua (peniaga) patut menjadi orang Umno. Umno akan bina bazar baru di Tunjung dengan keluasan lebih selesa.
”Saya tanya kalau luas berapa pula harganya. Mungkin ratusan ribu jawab orang kanan persatuan terbabit. Kalau begitu apa gunanya, siapa sanggup beli kalau itulah yang Umno cadangkan,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya ramai peniaga mulai muak dengan lakonan pemimpin persatuan sehingga mereka dikatakan tidak dibenar membuat keputusan sendiri termasuk mengisi borang memohon lot niaga di Bazar Tok Guru.
Katanya, beliau pernah disindir anggota jawatankuasa persatuan kerana menceritakan perkara sebenar kepada pasukan pelajar universiti yang membuat kajian mengenai peniaga di Arked MPKB.
”Nampak sangat pemimpin persatuan mahu menjadi juara dalam isu ini. Biar pun berdepan dengan pelbagai kerenah persatuan, sebahagian besar peniaga bersetuju untuk memiliki lot perniagaan di Bazar Tok Guru.
”Saya mulai nampak kelibat Umno semakin jelas apabila pemimpin persatuan sebelum ini memberitahu segala risalah mengenai persatuan dibiayai Umno Kota Bharu,” dakwanya.
Risalah yang dikenali sebagai Khabar Kota Bharu difahamkan diterbit Umno Kota Bharu memuatkan isu Bazar Tok Guru dalam jilid satu yang diedarkan 1 April lalu.
Risalah empat halaman berwarna diletak di kaki lima Masjid Telipot dan Masjid Muhammadi. Di halaman hadapan dimuat berita peniaga tuntut janji Bazar Tok Guru.
Manakala muka belakang dimuatkan harapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh untuk penduduk Kota Bharu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Semalam Pengerusi Persatuan Arked MPKB, Salim Ahmad menghimpunkan hampir 100 peniaga di Bazar Tok Guru dan membuat kenyataan media memperlekehkan usaha dilakukan kerajaan negeri.
Malah Salim kononnya kecewa apabila Menteri Besar dan anggota Exco tidak menghadiri pertemuan untuk melawat Bazar Tok Guru.
Sedangkan pada 10 Mac lalu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco sudah mengadakan pertemuan dengan peniaga Arked MPKB dan Arked Uda.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof berkata, Menteri Besar tidak pernah menjawab mahu hadir ke Bazar Tok Guru semalam seperti dikehendaki pengerusi persatuan.
”Bukan tempat seperti itu untuk diadakan perbincangan. Lagi pun pada 10 Mac lalu sudah diadakan dialog dengan kedua-dua persatuan di tapak Arked Uda.
”Selain itu saya difahamkan wakil persatuan sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar dan anggota Exco. Hari ini pengerusi persatuan cuba menafikan apa yang dilakukan kerajaan negeri,” ujarnya.
Malah pada 20 Januari 2010 Salim sebagai mewakili Persatuan Peniaga Arked MPKB hadir pada mesyuarat bersama Timbalan Besar, Datuk Ahmad Yakob, dua anggota Exco, pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan pegawai pejabat Menteri Besar.
Pada mesyuarat itu seperti disebut dalam minit di bawah perkara 3 (iii) pihak peniaga bersetuju dengan keluasan 6 x 7 kaki persegi lot niaga di Bazar Tok Guru walau pun berpandangan agak sempit.
Ketika itu wakil persatuan terbabit memohon menempatkan kesemua 415 peniaga Arked MPKB dan Arked Uda. Turut hadir pada mesyuarat itu Wan Lukman Wan Salleh wakil peniaga Arked Uda.
Bekas Adun Bandar Pasir Mas pada 1974, Hashim Omar, 65, berkata, sudah jelas sekarang persatuan peniaga terbabit menjadi alat kepada Umno.
“Kalau tidak menjadi alat mengapa setiap program dianjurkan persatuan termasuk solat hajat baru-baru ini hanya dijemput pemimpin Umno.
“Malah persatuan itu juga awal-awal lagi mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Fatmi dengan harapan masalah mereka boleh selesai.
“Sedangkan masalah dihadapi peniaga diselesaikan kerajaan negeri. Apa yang Umno buat sekarang. Sebelum ini mereka mahu berniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru, kerajaan negeri benarkan.
“Selepas itu komplen pula harga setiap lot mahal, maka kerajaan negeri bagi percuma sehingga dua tahun,” katanya di sini.
Beliau juga menasihatkan peniaga mengisi borang permohonanan memiliki lot di Bazar Tok Guru secepat mungkin memandangkan persatuan sudah
diresapi politik Umno.-Hrkhdaily
No comments:
Post a Comment