Saturday, April 16, 2011

Presiden SUPP Tewas, Dudong Turut Dirampas DAP

Parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional, SUPP, menghadapi masa depan malap apabila Presidenya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dilaporkan tewas di tangan calon DAP, Ling Sie Kiong untuk kerusi DUN Piasau.

SUPP juga kalah di kerusi Dudong dengan calonnya Tiong Thai King tewas kepada Yap Hoi Liong dari DAP yang memperolehi majoriti kira-kira 200 undi.

Keputusan itu merupakan kejutan paling besar setakat ini walaupun keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihanraya belum lagi memberi pengesahaan.

George yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dilaporkan sedang ketinggalan jauh di belakang pencabarnya Ling Sie Kiong dari DAP di N 63 DUN Piasau.

Laporan awal mengatakan Ling mendapat 5770 undi manakala Chan hanya 4162 undi dengan dua lagi kotak undi belum dibuka.

Chan dijangka mustahil mencabar apabila sudahpun ketinggalan 1,608 undi.


Piasau di Daerah Sibu mempunyau 16, 600 pengundi dan Chan mengekalkan kerusi itu pada 2006 dengan majoriti 3,918 undi.-tvs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...