Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, April 15, 2011
Kebangkitan rakyat bakal ubah Sarawak – Anwar
Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.
“Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan.
“Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN,” katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.
Ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini.
Buat pertama kali, rakyat Sarawak menunjukkan sokongan jitu melawan regim BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia.
Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.
Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN
Acara itu adalah program kemuncak anjuran KEADILAN yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan
Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut.
“Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat,” kata Anwar.
Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu.-K/Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment