Tangkap dan dakwa The 'Three Stoogers' ini !!!
Rakyat merasa khuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul sekiranya Datuk T atau Trio Umno tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Trio Umno yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Menurutnya, pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut.
Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalam Youtube.
“Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku,” katanya.
Tambahnya, di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam ke atas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihan raya tahun 2004.
Katanya, tangkapan itu telah berjaya membawa kes itu ke SPR pada waktu itu.
“Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini, maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis,” ujarnya lagi.-Hrkh
No comments:
Post a Comment