Tuesday, April 26, 2011

Utusan Tak Pernah Jemu Main Isu Kontroversi

Tajuk di muka depan Utusan Malaysia mengambarkan Pulau Pinang sahaja yang mempunyai lubuk judi, tapi bagaimana dengan pusat perjudian di  Genting?  Kenapa tidak highlightkan  perjudian TOTO  dan Empat nombor ekor ? Utusan Malaysia bukan penyebar fikiran rakyat malah merupakan lidah syaitan bisu yang bermotifkan politik.. 


Akhbar Utusan Malaysia sememangnya terkenal sebagai akhbar kontroversial berbanding menyampaikan maklumat tepat lagi telus selaras dengan taglinenya "Pemangkin Fikiran Rakyat".

Belum pun reda isu rencana-rencananya yang penuh unsur perkauman, media itu terus menyerang negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Hari ini Utusan sekali lagi tampil dengan laporan berbaur kontorversi dengan muka depannya terpampang berita bertajuk " Pulau Pinang Lubuk Judi?".

Mengulas laporan Utusan itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Rawa ketika dihubungi Tv Selangor berkata, umum mengetahui masalah judi berlaku di mana-mana, namun cara Utusan Malaysia melaporkan apa yang berlaku di Pulau Pinang, jelas berunsur politik.


"Tajuk di muka depan Utusan seolah-olah mahu menggambarkan hanya Pulau Pinang sahaja yang mempunyai masalah judi, lebih kepada bermotifkan politik daripada nak menyelesaikan masalah," kata Mujahid.

Mengulas tentang masalah perjudian, menurut Mujahid, sesebuah pusat perjudian mempunyai lesen judi dan ia dikeluarkan oleh kerajaan pusat.

Manakala kerajaan negeri pula katanya hanya mengeluarkan lesen premis di peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Seberang Perai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut mempersoalkan tindakan akhbar pro UMNO-Barisan Nasional (BN) ini sepatutnya lebih profesional dalam mengutarakan isu.

"Kalau dimaksudkan judi haram tanpa lesen (beroperasi secara gelap) jadi pihak polis kenalah bertindak lebih tegas, tetapi bila menggambarkan Pulau Pinang sebagai lubuk judi, kenyataan itu lebih kepada hendak gambarkan negeri Pakatan Rakyat ini tempat judi dan PAS duduk dalam itu tak buat apa-apa,"katanya lagi.

Jelas beliau lagi, isu judi ini perlu dilihat dengan lebih meluas dan terperinci dan jangan hanya fokus kepada Pulau Pinang, yang secara jelas bertujuan mahu memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan menyalahkan pentadbiran negeri.-Tvsn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...