Akhbar Melayu arus perdana jelas tidak sensitif dengan gejala sosial yang kian menghambat Umat Islam khasnya anak muda di negara ini apabila mengutamakan isu seks, liwat sebagai paparan muka depannya berbanding isu yang lebih segar untuk manfaat rakyat. Tajuk utama Utusan Malaysia memaparkan “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Mereka mengambil kesempatan memperbodohkan rakyat dengan isu-isu fitnah liwat dan seks untuk kepentingan Tuan Mereka (UMNO). Jelas di sini akhbar ini tidak ada kualiti dan etika sebagai akhbar penyebar fikiran rakyat malah diketogerikan sebagai perosak minda rakyat.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa akhbar berbahasa Melayu di negara ini menghentikan paparan isu seks dan fitnah yang disifatkan hanya membodohkan minda rakyat terutama orang Melayu, kata Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat.(gambar)
Beliau memberi contoh laporan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini yang memaparkan berita muka depannya bertajuk “Nasi lemak twice a week” manakala The Star memaparkan tajuk “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”.
Manakala akhbar Mandarin seperti China Press dan Sin Chew memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan, selain akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.
“Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”.
“Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
“Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama, maka, sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks,” tegas Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, akhbar Melayu arus perdana jelas tidak sensitif dengan gejala sosial yang kian menghambat Umat Islam khasnya anak muda di negara ini apabila mengutamakan isu seks sebagai paparan muka depannya berbanding isu yang lebih segar untuk manfaat rakyat.
“Akhbar bahasa Melayu majoritinya mengambil kes liwat 2 (Kes Fitnah terhadap) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama (di muka depannya). Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini?
“Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Cerita seumpama itu sangat tidak sesuai (untuk bacaan) anak-anak sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, kes itu kata Suhaizan masih dibicarakan di mahkamah dan Anwar hanyalah mangsa fitnah dari sekolompok individu tertentu yang mencemburui tokoh itu.
Sehubungan itu, beliau menyeru akhbar Melayu arus perdana menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu yang hanya merugikan kaum itu sejak sekian lama.
“Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun.
“Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.-K/Daily
No comments:
Post a Comment