Umno BN bukan saja mengkhianati kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat .. malah mengkhianati juga rakyatnya hampir 95% orang melayu ..
Kelantan bukan saja dinafikan hak memperoleh royalti petroleum kira-kira RM600 juta setahun, malah loji pemprosesan minyak dan gas yang sepatutnya dibina di negeri itu tetapi dibina di Songkhla, Thailand.
Tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika di bawahkepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan beribu peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan dinafikan.
"Saya tidak tahu macam mana mahkamah boleh benarkan Kerajaan Pusat menjadi pencelah kepada saman kerajaan negeri terhadap Petronas yang didakwa melanggar perjanjian terbabit," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Kelate.net, di Shah Alam, baru-baru ini.
Katanya, BN juga menafikan kelulusan pembinaan lebuh raya antara Kuala Krai ke Kota Bharu, bagi kemudahan rakyat Kelantan.
"Lebuh raya itu bagi kemudahan rakyat Kelantan yang tinggal di lembah klang untuk pulang ke kampung halaman mereka terutama pada hari raya. Kalau sebelum ini penjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada musim perayaan mengambil mana hingga 13 atau 14 jam, diharap dengan adanya lebuh raya itu akan menjimatkan masa perjalanan kepada lima atau enam jam saja," jelasnya.
Husam berkata, disebabkan Kerajaan Pusat melengahkan pembinaan lebuh raya itu, kerajaan negeri akan menswastakan pembinaan itu.
"Sebuah syarikat sudah dilantik, termasuk jajaran dan peruntukannya oleh kerajaan negeri cuma menunggu kelulusan Kerajaan Pusat," katanya,
Menurutnya, sebenarkan projek lebuh raya itu sudah lama diluluskan kerajaan pusat iaitu sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) lagi tetapi dilengahkan kerajaan mahu mendera rakyat Kelantan yang memilih Pas memerintah negeri.
"Inilah sikap BN terhadap rakyat Kelantan, apa saya projek yang hendak dilaksana untuk kebaikan rakyat Kelantan dinafikan oleh Pusat. Bukan saja ketika pemerintahan Dr Mahathir, malah zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak juga masih menganak tirikan rakyat Kelantan," katanya.
Katanya, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya diteruskan hingga ke Kelantan, tetapi diberhentikan setakat Terengganu, ini semua menggambarkan kezaliman Kerajaan BN terhadap Kelantan.
"Sekarang perkara sama dilakukan BN terhadap beberapa lagi negeri yang diperintah pembangkang, termasuk Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Oleh itu saya harap rakyat sedar dan tidak lagi memberi peluang kepada BN memerintah negara ini, termasuk Negeri Sarawak," katanya.-Hrkhdaily
No comments:
Post a Comment