Terdapat bukti jelas lelaki dalam video terbabit bukanlah Anwar kerana lelaki tersebut tidak mempunyai janggut.
Selepas perut, dada dan bahu dianggap sebagai bukti lelaki di dalam video seks bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu lagi analisis terbaru oleh ‘forensik siber’ boleh menyebabkan pihak yang mendakwa lelaki di dalam video terbabit adalah Anwar, mati akal.
Menurut entri yang bertajuk “Video seks Anwar kantoi kerana janggut”, terdapat bukti jelas lelaki di dalam video terbabit bukanlah Anwar apabila beliau mendapati gambar lelaki tersebut jelas tidak mempunyai janggut.
Menurut entri itu, melalui penelitian beliau, mendapati gambar Anwar ketika menghadiri perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Febuari 2011, jelas menunjukkan terdapat janggut di dagu Anwar.
“Video ini dikatakan dirakam pada 21 Februari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada selang masa 00:04, namun pada babak terakhir selang masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.
“Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada.
“Maka secara logiknya, pada 21 Februari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Februari 2011 dia sudah tiada janggut.
“Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Februari 2011 muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan tuduhan liwatnya dan kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat,” menurut pengendali blog terbabit.
Menurut entri di blog itu lagi, pihak yang mendakwa lelaki di dalam video lucah tersebut sebagai Anwar harus membuktikan bahawa Anwar ada menggunakan teknik tertentu bagi membolehkan janggutnya tumbuh lebat dalam masa kurang 24 jam atau memakai janggut palsu ketika berada di Mahkamah.
“Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.
Anwar pakai janggut palsu di mahkamah?
“Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Februari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah.
Pada masa ini, ulasan yang diberikan oleh blogger terbabit telah tersebar di alam siber termasuk kebanyakan blog pro Pakatan Rakyat termasuk blog terkenal Tukar Tiub, Edyesdotcom.
Selain itu, blogger tersebut turut mengingatkan pelbagai peralatan teknologi canggih pada masa ini yang boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
“Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang Hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler.
“Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan,” tulisnya lagi.
Pada masa ini, ulasan yang diberikan oleh blogger terbabit telah tersebar di alam siber termasuk beberapa blog terkenal Tukar Tiub, Edyesdotcom, Anak Sungai Derhaka, weblog Marhaen dan beberapa blog lain.
Terdahulu, rakaman video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu telah tersebar di laman You Tube selepas beberapa hari ditayangkan di Hotel Seri Carcosa di ibu negara.
Bagaimanapun petikan rakaman yang mempunyai visual hitam putih serta kabur itu hanya berdurasi selama 1 minit 41 saat berbanding rakaman video asal selama 21 minit.
Keadaan tersebut telah memberikan tafsiran sesetengah pihak bahawa pihak yang memuatnaikkan video itu telah sengaja memilih bahagian tertentu yang menampakkan mirip Anwar dan memotong bahagian lain yang jelas menampakkan perbezaan Anwar.
Petikan video yang tersebar dan menunjukkan imej seorang lelaki bertuala dan menampakkan perut agak buncit serta bahagian dada yang jatuh telah menyebabkan majoriti pemilik akaun di Face Book lebih percaya bahawa ianya hanyalah sebahagian rancangan untuk menjatuhkan Anwar.- FMT
No comments:
Post a Comment