Friday, April 22, 2011

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan "Melayu 1Bumi",  bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu. 

Kenapa baru sekarang nak lancarkan gerakan "1Melayu", 1Bumi"? Inilah dongeng politik. Setelah hilang sokongan melayu, tepaksa memainkan isu bangsa, rasis yang tidak berlandaskan Slogan "1Malaysia"yang dicanangkan oleh Najib. Itulah politik kotor yang tidak bermaruah. Jika tidak dapat sokongan dari bangsa sendiri, terkial-kial mencari sokongan, setelah mendapat sokongan hilang bangsa pun tak apa, asalkan aku, kroni aku kaya raya. Apa gunanya bangsa melayu menyokong pemimpin melayu yang hipokrit, khianat kepada bangsa sendiri.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini...

Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk "Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi".

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).


Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini.

"Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka," kata beliau.

Jelas Rafizi, perubahan undi kepada calon-calon PKR beragama Islam sebanyak 15 hingga 17 peratus membuktikan sentimen kaum dan agama yang cuba dimanipulasi BN kepada pengundi di Sarawak tidak boleh diterima pakai.

"Maknanya Umno dan Utusan akan tenggelam dengan mesej perkauman sendiri kerana mereka sampai sekarang berada dalam sindrom tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat mahu prinsip ketelusan," katanya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati membuat sebarang kenyataan bagi mengelak daripada Umno-BN dan sekutunya memutarbelitkan fakta yang berkaitan kaum dan agama.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

Penulisannya turut menyentuh bagaimana masyarakat Melayu telah hilang perpaduan berbanding kaum Cina selain memperlekehkan slogan 1Malaysia yang digembar-gemburkan Najib Razak.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat artikel dari lidah rasmi Umno-BN itu secara jelas mempermainkan dasar 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri sejak tahun 2009.

Katanya, Najib dilihat sebagai boneka dalam Umno-BN kerana gagal menyatupadukan mentaliti kepimpinan parti itu berhubung dasar beliau sendiri.

Tambahnya lagi, dakwaan bahawa DAP akan merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasas justeru menyifatkan seruan Timbalan Ketua Pengarang Utusan itu sebagai menggangu-gugat ketenteraman awam.

"Tiada tolak ansur dalam perkara ini. Kalau dia tidak ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, ini bererti dasar 1Malaysia beliau adalah pembohongan dan kedua ia menunjukkan Najib tidak ada kuasa dalam Umno untuk memastikan dasar beliau diterima dalam parti sendiri," jelas beliau.-Tvsn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...