Sunday, April 10, 2011

Rakyat Sarawak berpeluang cipta sejarah

Inilah masanya untuk rakyat Negeri Sarawak memberi undi kepada mana calon Pakatan Rakyat. Lakukan perubahan demi kebaikan semua. Undilah mana-mana parti sekali pun tapi jangan beri undi kepada 'Barisan Nasional' yang zalim dan perampas harta rakyat. 
Rakyat Sarawak seharusnya berani mencipta sejarah baru dalam lanskap politik negara ini terutamanya politik Sarawak.  Sekian lama rakyat Sarawak hidup di bawah pemerintahan BN yang zalim. Mereka memperkayakan keluarga, kroni dan membiarkan negeri dan rakyat hidup dalam kemiskinan, sedangkan hasil bumi Sarawak adalah yang tertinggi di negara ini.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Rakyat Sarawak berpeluang besar untuk mencipta sejarah baharu membuat perubahan drastik di dalam Pilihan Raya Umum Negeri ke 10 (PRUN10) pada 16 April depan dengan menumbangkan BN.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak mustahil usaha keras yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat selama ini lebih-lebih lagi menghadapi PRUN10 kali ini akan menghasilkan keputusan terbaik.

Katanya, rakyat mahu Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri bukan dua atau tiga tahun lagi tapi berhenti pada 16 April ini setelah lebih 40 tahun melakukan berbagai salahlaku di Sarawak.


Namun beliau berkata, bukan senang untuk berjaya menjatuhkan Pek Moh (gelaran rambut putih diberikan rakyat kepada Taib Mahmud atau Tok Uban) namun dengan pra-syarat kerja usaha kuat, 16 April akan menghentikan sejarah rakus Pek Moh di Sarawak.

"Inilah masa untuk rakyat Negeri Sarawak menulis dan mencipta sejarah baru dalam lanskap politik negara setelah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN yang membiarkan negeri dan rakyat dalam kemiskinan sangat ketara.

"Kebanyakan rakyat yang ditemui melahirkan rasa tidak senang dengan keadaan kehidupan mereka tetapi masih ramai yang berasa takut untuk bersuara, jadi dengan adanya PRUN10 ini, semua kehendak tinggi rakyat mesti dibuktikan dalam peti undi.

Satu ketika Lim bertanya, "Adakah anda semua sudah bersedia? (bergemuruh jawapan "Yaaa") Jika anda sudah bersedia, bersedia untuk apa? "Untuk berubah", jawab ribuan hadirin yang berada di hadapan klinik calon Senadin dari Keadilan, Dr Teo Yu Kheng.

Menurutnya, pengundi terutamanya rakyat seluruh Negeri Sarawak akan dapat merasai kelainan bentuk pentadbiran baharu yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di mana seorang peguam terkenal, Baru Bian telah ditentukan sebagai Ketua Menteri jika PR menang kali ini.

Paling kurang, jelasnya, PR mahu mengurangkan penguasaan politik BN di negeri ini dengan mencipta keputusan dua pertiga di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...