Friday, April 8, 2011

Suruhanjaya Kes Altantuya Dulu, Baru Bicara Soal Video Fitnah – Anwar


Tidak gentar dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat video fitnah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan tetapi mahu suruhanjaya sama ditubuh bagi menyiasat misteri kejadian lain termasuk kes Altantuya Shariibuu dan ‘skandal’ Port Dickson.

“Satu (suruhanjaya) untuk Altantuya, satu untuk (dakwaan khalwat Najib di) Port Dickson, satu untuk Beng Hock, dan satu untuk (kematian pegawai kastam),” kata Anwar.

“Yang penting, ada Suruhanjaya Diraja untuk ‘missing link’ dalam kes pembunuhan Altantuya,” kata Anwar di sini, petang ini.


Ketua Umum KEADILAN itu berkata, suruhanjaya lain sepatutnya ditubuh terlebih dahulu bagi menyelesaikan sekian banyak kes yang lebih menuntut penyelesaian segera dan membawa lebih membawa manfaat kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau kesal kerana misteri berkenaan disenyapkan begitu sahaja.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengusul penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video fitnah itu.

Video fitnah ditayangkan trio Datuk T di Carcosa Seri Negara kepada media tempatan bagi merosakkan reputasi Anwar selepas kes perbicaraan Fitnah II memihak kepada Ketua Pembangkang itu.

Walaupun Datuk T mengaku menayang video lucah itu tetapi mereka sehingga kini tidak ditahan polis lantaran dilindungi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.-KD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...