Kenapa ceramah Anwar dihadkan 15 minit? Slogan 'Tegas, Adil dan berhemah' serta dibaju pemakaian mereka terpapar pula lencana tertulis 'Intergriti Amalan Kita' tidak melambangkan keadaan sebenarnya.
Sikap polis masih lagi ditahap lama, di zaman pak pandir dan tidak berkualiti dengan penuh amalan 'double standard' .
Buatlah sebanyak mana slogan pun tanpa amalan yang sepenuhnya maka slogan itu hanyalah slogan kosong yang tidak ada pengertian apa apa untuk dibanggakan.
Setelah berlakunya pembubaran DUN, sepatutnya polis lebih bersikap terbuka mengikut undang-undang yang tersedia ada dalam sebuah negara perlembagaan berparlimen yang mengamalkan demokrasi bukan hanya mengikut telunjuk BN.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...
Sebaik sahaja Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berakhir 6 April lalu, polis semakin galak mengganggu program ramah mesra yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim..
Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.
Gangguan polis itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Polis kemudian membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan tetapi dihadkan kepada 15 minit sahaja.
Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.
Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.
“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata
Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.
“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000
hadirin.
Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan
menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.
Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi
DUN N61 Bekenu.
Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.-K/Daily
No comments:
Post a Comment