Tuesday, February 1, 2011

MCA Tidak Lagi Mendapat Sokongan Kaum Cina



Berdasarkan kepada peratusan undi meningkat dari kaum Cina menunjukan sokongannya kepada PAS. MCA telah hilang banyak sokongan daripada kaum Cina. Begitu juga sogokan yang cuba diberikan kepada pengundi Cina untuk mengundi mereka. Tapi pengundi Cina tetap menolaknya untuk memilih siapa yang lebih layak. .

Peningkatan undi kaum Tionghua kepada Calon Pas, Normala Sudirman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, semalam membuktikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA di Johor semakin goyah.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng kejutan yang diberikan kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat sememangnya sudah dijangka kerana perjuangan Barisan Nasional kini dianggap tidak lagi relevan kepada mereka.

“Berdasarkan kepada peratus undian kaum Cina semalam, berlaku peningkatan daripada 50 peratus hingga 60 peratus yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan itu memberikan tamparan hebat kepada MCA yang sebelum ini cuba menggunakan sentimen tertentu bagi menakut-nakutkan pengundi Cina.

“MCA kini sukar untuk memenangani hati rakyat walaupun pelbagai habuan ditaburkan seperti pemberian ‘ang pau’ sempena Tahun Baru Cina dan dijanjikan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) oleh Kerajaan Umno.


“Banyak sogokan yang cuba ditawarkan kepada pengundi Cina, namun mereka tidak buta untuk menilai pemimpin yang layak diangkat,” ujarnya.

Chua turut menyatakan rasa kesal kerana banjir yang melanda di kawasan Tenang telah dimanipulasi pihak tertentu seperti bantuan pengangkutan yang tidak sampai kepada pengundi Cina.

Pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bomba dan sebagainya dikerahkan bagi mengangkut pengundi berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan itu.

“Semasa proses mengundi berjalan, mereka tidak menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi Cina tapi hanya untuk Melayu dan India sahaja,” kata Chua.

Berikutan kemerosotan undi Cina terhadap Barisan Nasional pada pilihanraya kecil itu, Penasihat Dap, Lim Kit Siang hari ini melontar pertanyaan kepada MCA berikutan keputusan PRK itu yang menunjukkan kaum Cina kini semakin hilang sokongan terhadap BN.

“Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

“Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim- KeadilanDaily
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...