Wednesday, February 9, 2011

Ketua Pemuda Pas Pusat Desak Muzakarah Nik Aziz Dan Majlis Fatwa Perlu Disegera

Desakan Ketua Pemuda Pas supaya muzakarah segera diadakan antara Majlis Fatwa dengan Tuan Guru Nik Aziz ada benarnya. Bukan untuk mencari siapa yang menang atau kalah. Tapi untuk mengelak pertikaian yang berterusan. Kita sama-sama mengakui yang kita orang Islam tapi kita takut untuk mencari jalan penyelesaiannya melalui rujukan Al-Quran. Kenapa harus takut..? Takut kerana nak politikkan perkara yang tidak benar.  Hanya dengan Al-Quran kebenaran dapat ditegak dan diselesaikan. 

Bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa agar muzakarah di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat segera diadakan.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi, desakan itu bertujuan mengelakkan pertelingkahan, pertikaian dan perselisihan faham daripada berterusan dan dapat diselesaikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.

“Perkara ini penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan. Muzakarah ini bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Mursyidul Am PAS, tetapi banyak perkara lain yang turut menyentuh aqidah ummah perlu diselesaikan.

“DPPP juga mengalu-alukan penyertaan ulama-ulama Umno sebagai pendokong kerajaan bagi menyelesaikan isu-isu agama,” ujarnya.


Nasrudin kesal dengan media kerajaan kerana banyak menabur fitnah dan tohmahan terhadap Menteri Besar Kelantan itu.Justeru, Pemuda PAS melihat platform muzakarah adalah jalan terbaik bagi rakyat menilai fitnah dan tohmahan yang dilaporkan.

“Muzakarah ini (diharap) akan dapat menghurai tanggapan kerajaan Umno terhadap kaedah dipraktikkan Nik Aziz yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin.

Media sebelum ini melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan debat antaranya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau mana-mana pihak perlu dilakukan secara terbuka.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasikan mana-mana pihak.

Cadangan debat itu mula timbul berikutan keinginan Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof. Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan Nik Aziz.

Mohd Noor Deris ingin berdebat susulan kenyataan Nik Aziz ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang baru-baru ini bahawa mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.- KeadilanDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...