Saturday, February 5, 2011

Adun Sri Muda, Suhaimi Shafiei Menghadapi Pertuduhan Mengikut Akta Hasutan

Akta hasutan atau akta apa sekali  pun dibuat bukan untuk rakyat tapi untuk menghukum pembangkang. Semuanya dicipta untuk kepentingan Umno. Talian hayat Umno hanya bergantung kepada semua bentuk akta yang ada. Jika tidak ada akta itu dan ini, mungkin Umno sudah lama ke lubang kubur. Memang pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan cepat menjalankan penyiasatan jika ianya membawa keuntungan kepada Umno.

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.


Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan Perlembagaan Negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri," kata kenyataan itu.

Sebaliknya, kesemua ADUN Umno-BN pula menolak pindaan ini yang sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka.

"Rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat," katanya.

Dalam kes Shuhaimi, Kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.- TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...