Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, February 16, 2011
Ceramah Anwar Di Merlimau, Polis Enggan Keluar Permit
Begitulah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi. Program ceramah Pakatan Rakyat sentiasa dihalang pihak polis. Sentiasa diganggu dan rakyat pula dipukul dan ditangkap. Alasannya tidak ada 'PERMIT'. Alasan begitu sering didengar di mana-mana tempat apabila polis buat kenyataan. Jika PR memohon permit, permohonan itu ditolak. Lepas ditolak, alasannya pula disebabkan tempat ceramah terlalu kecil. Begitulah peranan dan sikap polis terhadap rakyat, bertentangan dengan slogan 'Tegas, Adil dan Berhemah'. Yang pelik Bin Hairan, jika Umno-BN buat ceramah, polis hanya datang sebagai pemerhati dan tidak mengganggu ceramah itu. Begitulah sikap 'double standard' yang dimiliki polis Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
MERLIMAU: Program ceramah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’ di Melaka dijangka berdepan halangan apabila polis enggan mengeluarkan permit.'Tegas, Adil dan Berhemah
Walau pun semua dokumen dan borang yang diperlukan sudah diisi, polis memberi alasan permit tidak dikeluarkan disebabkan tempat ceramah terlalu kecil, kata Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban.
“Permohonan permit ditolak atas alasan tempat ceramah terlalu kecil sedangkan kita sudah sediakan pelan tempat ceramah yang turut menyatakan dengan jelas tempat ceramah dan juga kawasan lapang di sebelahnya mampu memuatkan sehingga dua ribu orang,” kata Mahani sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com hari ini.
Menurut Mahani, pada mulanya beliau diminta membuat rayuan kepada Ketua Polis Jasin namun selepas rayuan dibuat, beliau diarahkan melanjutkan rayuan kepada Ketua Polis Melaka. Namun sehingga kini katanya, polis masih belum memberikan sebarang jawapan.
Walaupun demikian, program mendekati pengundi di Merlimau malam ini tetap berlangsung serentak di tiga tempat berlainan.
Seawal 730 malam, solat Maghrib berjemaah dan tazkirah ringkas akan berlangsung di Markas PAS Padang Temu Kota Melaka.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan tazkirah ringkas selesai solat Maghrib berjemaah di markas PAS tersebut, kata Mahani.
Anwar kemudian akan menyertai majlis makan malam di Dewan Pay Fong, Jalan Kubu anjuran KEADILAN Cabang Tangga Batu dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Pada majlis itu, akan berlangsung ceramah umum menampilkan Anwar sendiri sebagai penceramah utama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abd Rahman; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Di antara isu tempatan yang dijangka disentuh penceramah-penceramah malam ini adalah kewujudan sekian banyak ‘projek mi segera’ bagi menggula-gulakan penduduk di sekitar Merlimau menjelang PRK di kawasan itu.
“Banyak ‘projek mi segera’ sedang berjalan di Melaka sekarang ini. Kebanyakan projek ini tidak perlu diadakan sebenarnya. Jalan yang diturap sebenarnya masih elok,” kata Mahani.
Selesai di situ, Anwar akan ke Bilik Gerakan KEADILAN Dun Merlimau di KM24, Jalan Permatang Serai. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu akan turut sama berceramah di Bilik Gerakan KEADILAN tersebut, kata Mahani.-KeadilanDaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment