Monday, February 14, 2011

Rasuah Tetap Haram Di Sisi Islam

Jika Isa Samad mempertikaikan rasuah, bukan hanya berlaku di Malaysia tapi kesemua negara di dunia ini, amat malang sekali negara ini mempunyai seorang pemimpin muslim yang  rendahnya pemikiran beliau dalam pengentahuan agama.   Seolah-olah orang lain mencuri, kita juga harus mencuri. Itulah kenyataan bodoh seorang pemimpin yang tidak mempunyai pegangan dalam Islam. Bukan masalah rasuah itu teruk atau tidak di Malaysia. Di mana-mana pun, rasuah itu tetap haram di sisi Islam. Yang jelasnya tuhan telah berfirman dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188. Pemimpin rasuah tetap jijik pada pandangan Islam

Hanya pemimpin yang cetek pengetahuan agama sahaja tergamak membuat kenyataan, kononnya rasuah bukan kesalahan di sisi agama, sedangkan Islam jelas memaktubkan amalan itu sebagai haram dan pemberi serta penerima akan masuk neraka, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau yang mempersoal tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengatakan rasuah bukan masalah besar di Malaysia kerana turut berlaku di mana-mana negara di dunia ketika berucap dalam forum di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam ucapannya, Isa dilapor berkata, rasuah berlaku di Malaysia tidak teruk kerana Malaysia belum mengalami kehancuran akibat gejala terkutuk itu.


Mengulas lanjut, Johari berkata kenyataan Isa yang pernah dikenakan hukuman kerana mengamal politik wang dalam Umno pada 2004, sebagai pemimpin Islam yang cetek pengetahuan agama.

“Isa tidak sedar yang beliau kini memimpin kepada Felda yang 90 peratusnya Melayu beragama Islam. Beliau sebelum ini pernah terbabit dengan rasuah, mungkin sebab itu tergamak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Kerana rasuah, Melayu tidak maju dan kenyataan itu seolah-olah membenarkan amalan rasuah berleluasa. Pada 2010, Menteri Kewangan Kedua mengeluarkan kenyataan berhubung ketirisan hampir RM26 bilion yang dialami negara akibat rasuah,” katanya-KeadilanDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...