Sunday, February 27, 2011

PRK Kerdau : Hadi Seru Pengundi Pilih PAS Untuk Selamatkan Negara

Jangan undi Umno-BN ...
Jika rakyat memberi undi kepada UMN0-BN, samalah mengekalkan kezaliman akan terus berlaku. Khazanah negara dan wang rakyat akan terus diangkut dengan berbagai-bagai bentuk penipuan. Kroni diutamakan, rakyat akan terus sengsara dengan kenaikan harga barang. Akta Zalim ISA akan terus dikekalkan untuk kepentingan UMNO-BN. Perasuah akan terus kekal sebagai pemimpin dengan tidak diambil tindakan. Rakyat yang cerdik, adalah rakyat yang berani melakukan perubahan demi anak cucu kita dimasa depan. Satu contoh yang boleh diambil ikhtibar  ialah kebangkitan rakyat mesir yang tercetus akibat kezaliman yang dilakukan penguasa negara mereka. Ditekan, ditindas tanpa boleh bersuara, dengan memperkayakan kroni-kroni, rakyat hidup penuh sengsara. Dengan kesedaran anak-anak muda inilah, mereka bangkit bersatu menentang rejim diktator Hosni Mubarak. Jadi rakyat di sini seharusnya bangkit dengan mengunakan akal dan fikiran dengan menolak UMNO-BN dan memberi undi kepada PAS -Pakatan Rakyat.   
Baca selanjutnya di bawah ini ...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru warga Kerdau mengambil kesempatan menerusi saluran pilihanraya kecil ini untuk melunaskan tanggungjawab menyokong dan memilih PAS untuk kebelangsungan misi menentang Barisan Nasional demi membela rakyat dan menyelamatkan negara.

Beliau juga menyifatkan berdepan dengan Barisan Nasional seumpama berlawan dengan orang kurang siuman kerana mereka sering mengamalkan pilihanraya tidak adil dengan mengheret Pakatan Rakyat berlawan di padang yang tidak sama rata.

"Kita berdepan dengan lawan yang tidak siuman kerana mereka tidak pernah mengikut peraturan"

"Sekurang-kurangnya kehadiran kita di sini adalah untuk menyatakan bantahan terhadap BN yang banyak merosakan rakyat, harta negara dek kerana mereka tidak amanah urus kuasa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis perasmian gerak kerja bagi tiga UPU DUN Kerdau di Desa Murni.

Melihat kepada pemerintahan BN, Hadi menyeru rakyat menzahirkan kebangkitan mereka menerusi PRK ini untuk menggulingkan BN dengan memberi contoh insiden kebangkitan rakyat di Mesir menentang pemerintahan yang diktator Hosni Mubarak yang akhirnya berjaya mengulingkan pemerintahan kuku besi itu.

"Perubahan akan berlaku bila sesuatu bangsa itu mengubah sikap mereka, lihatlah seperti mana kebangkitan rakyat Mesir menentang pemerintahan diktator Hosni Mubarak," tegas Hadi.

Namun, Hadi turut mengingatkan rakyat agar bersikap sabar menghadapi perjuangan ini kerana ia pasti akan membuahkan hasil seperti mana PRU terdahulu.

"Berkat kesabaran PAS mampu mengurangkan undi rakyat terhadap BN, pada 2008 menyaksikan perubahan besar berlaku terutamanya di bandar-bandar besar, peralihan sokongan rakyat turut dirasai di Kerdau dengan berjaya mengurangkan undi terhadap BN lebih 1000 undian," katanya./TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...