Saturday, February 12, 2011

Tahniah Kepada Seluruh Rakyat Mesir Yang Bangkit Menentang Regim Diktator Hosni Mubarak


Rakyat bangkit menentang kezaliman rejim diktator, Hosni Mubarak 
Jika amalan kerajaan mana sekali pun di bumi ini yang rasuah, zalim, tidak mengikut undang-undang, tutup segala ruang demokrasi serta menindas rakyat dengan bermacam-macam akta untuk terus berkuasa, maka suatu hari nanti akan tetap tersungkur ke bumi ditangan rakyat. Suara Rakyat adalah suara keramat. Jangan harap dapat kekal selama-lamanya. Sebaliknya buatlah apa cara sekali pun by hook or by crook , sampai masa rakyat akan bangkit... bangkit untuk menuntut kebenaran dan keadilan. Kerajaan Zalim, tidak akan dapat bertahan lama. Kerajaan yang zalim seharusnya mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim dan diktator bukan saja kepada rakyatnya malah  kepada seluruh ummat Islam di dunia, setelah Hosni bertindak bersama-sama dengan Zionis Israel dengan membunuh ummat Islam Palestin yang tidak berdosa. Syabas !!!.. Tahniah!! rakyat Mesir yang bersatu menyatukan kekuatan untuk menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak.   


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkalungkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang bangkit melawan regim Hosni Mubarak hingga menjatuhkan pimpinan kerajaan diktator itu.

“Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

“Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.
“Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” katanya.



Anwar berharap pengorbanan mereka tidak akan disia-sia begitu sahaja dan kebangkitan itu wajar disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan dan pilihan raya yang adil dan telus.

“Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat,” katanya dalam blog beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...