Rakyat Mesir bangkit dengan nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi samada menang atau kalah dalam tuntutan untuk menghapuskan rejim diktator Hosni Mubarak, sekali pun nyawa menjadi pertaruhan. Tahniah rakyat Mesir. Lapan belas hari berhimpun membuat bantahan secara besar-besaran sehingga berakhirnya pemerintahan rejim diktator. Kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Suara rakyat, suara keramat. Penguasa zalim, rasuah serta khianat harus disingkir. Kini kuasa rakyat tegak di Mesir. Kepada pemerintah Malaysia, jadikan pengalaman ini satu pengajaran. Jika kita sering bertindak zalim terhadap rakyat, menghalalkan cara, kemungkinan suatu hari nanti negara kita juga akan ikut jejak langkah rakyat Mesir. Rakyat tidak akan bangkit secara besar-besaran, jika penguasa bertindak adil dan tidak bertindak zalim terhadap rakyat.
Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).
Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera.
Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.
Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.
Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.
Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.
Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.- MalaysianInsider
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment