Saturday, February 19, 2011

Kes Anwar: Pakar Kimia Gagal Ikut Prosedur, Keputusan DNA Mencurigakan, Kata Peguambela


Penguambela Anwar berjaya menunjukkan urutan pemeriksaan doktor pakar terhadap Saiful dan ujian yang dijalankan oleh pakar kimia kerajaan serta keterangan saiful sendiri banyak bercanggah dan risiko bukti direka cipta adalah amat jelas. Lebih banyak mencuriga serta mengelirukan mengenai keputusan DNA  didedahkan pada pembicaraan. Kesimpulannya, kes liwat  Anwar hanyalah donggeng yang direka-reka untuk menutup mulut Anwar dari terus bersuara di persada politik tanah air. Direka cipta isu liwat, kemudian tuduh Anwar, dakwa Anwar bawa Anwar ke Mahkamah, lepas itu jatuh hukuman terhadap Anwar.  Habis cerita, kemudian bawa Anwar ke penjara. Itu saja yang boleh menutup suara-suara Anwar. Apa yang Najib takut hanyalah kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin. Itu saja...      

Baca selanjutnya di bawah ini...
Lebih banyak keterangan curiga dan mengelirukan mengenai keputusan DNA didedahkan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila peguambela menyoal balas pakar kimia kerajaan yang menjalankan pemeriksaan itu.

Pada satu ketika, pakar berkenaan Dr Seah Lay Hoong tidak menolak kemungkinan DNA air mani yang dijumpai pada tubuh pengadu Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 suspek.

Peguambela RamKarpal Singh memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan DNA yang dijalankan amat rapuh untuk disandarkan sebagai bahan bukti kerana tidak telus dan bercanggah dengan prosedur yang menjadi amalan antarabangsa.

Semalam mahkamah digemparkan dengan pengakuan Dr Seah menemui tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful.

Pada hari ini peguam bela Datuk Seri Anwar memberi tumpuan kepada peralatan yang diguna pakai oleh Dr Seah serta rumusan-rumusan yang dibuat mengenai ujian DNA atas sampel yang diterima daripada polis.


Antara lain Dr Seah mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA atas sampel-sampel yang diterima beliau sebagaimana yang diperlukan. Beliau hanya melakukan satu ujian sebegitu namun laporannya tidak diberi kepada peguam bela Anwar.

Banyak daripada persoalan DNA bersifat teknikal dan dalam isu-isu penting Dr Seah gagal memberi jawapan kepada soalan yang ditanya oleh peguambela.

Penggunaan graf tertentu dalam menentukan laporan muktamad ujian DNa, contohnya, yang dijalankan ke atas sampel Saiful, amat diragui kerana tidak menepati protokol antarabangsa.

"Saksi (Dr Seah) kena jawab. Tetapi da yang dia tak tahu. Sebagai contoh, beliau adalah ahli kanan Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik, tetapi apabila peguam tanya mengenai intrepertasi graf itu dan prosedur DNA, dia dia tanya balik, Ini menunjukkan samada dia tak faham atau beliau tidak mahu bekerjasama," kata peguam Sankara Nair.

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar dibantu pakar DNA Australia Dr Brian McDonald.

Kehadiran beliau membolehkan pasukan peguambela Anwar untuk memerinci keputusan DNA yang banyak menimbulkan keraguan, khususnya selepas pendedahan bahawa sampel air mani seorang yang tidak dikenali dijumpai dalam dubur Saiful.

Peguambela Anwar berjaya menunjukkan urutan pemeriksaan doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful dan ujian yang dijalankan oleh pakar kimia kerajaan serta keterangan Saiful sendiri banyak bercanggah dan risiko bukti direka cipta adalah adalah amat jelas.

Menurut Sankara, soalan-soalan peguambela hari ini adalah bagi menunjukkan kepada Hakim Zabidin Mohd diah secara jelas bahawa bukti DNA yang digunakan untuk mendakwa Anwar tidak berwibawa dan harus ditolak.

"Kita katakan kalau prosedur tak betul, keputusan tak betul, sebab itu kita soal balas di sini untuk tahu mode atau cara kajian dilakukan, jadi kalau mode itu salah, keputusan akan salah," katanya.-TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...