Friday, February 25, 2011

Yuhaizad, Hasanuddin Calon PAS Di Merlimau, Kerdau


PAS telah memilih Yuhaizad Abdullah, 38 sebagai calon pada pilihan raya (PRK) DUN Merlimau, manakala Hassanuddin Salim 43, akan mewakili PAS di Piihan raya kecil, Kerdau. Pilihan raya kecil itu akan dijalankan serentak pada 6 mach ini, manakala penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari ini. Sama-sama kita doakan, agar kedua-dua calon PAS dapat memenangi dalam pilihanraya kecil itu. Insyaallah ...

Baca selanjutnya di bawah ini...
MERLIMAU: Yuhaizad Abdullah diumum sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau manakala Hassanuddin Salim berusia 43 tahun bagi DUN Kerdau.

Yuhaizad, Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin diumum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon pada jam 11.25 malam, depan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS DUN Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Mengikut Harakah Daily, pemilihan anak jati Kampung Chincin yang terletak dalam DUN Merlimau, berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberi tentangan sengit kepada BN.


Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Yuhaizad pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lalu.

Pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS disempurnakan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam pada majlis di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh bertanding di DUN Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam dan memiliki seorang isteri dan tujuh anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam erja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun dan aktif dengan aktiviti kemasyarakatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...