Amat malang bagi peneroka felda dapat seorang Pengurusi baru yang terbukti terpalit dengan rasuah. Perlantikan ini seharusnya dipertikaikan oleh warga felda, memandangkan institusi ini membabitkan orang melayu yang bergantung sepenuhnya sumber rezeki mereka kepada kelapa sawit. Sebaliknya jika UMNO bertanggungjawab kepada orang melayu, mereka tidak seharusnya melantik seorang perompak sebagai pengawal bank.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Tan Sri Isa Samad mencerminkan dirinya sebelum mempertikaikan hak orang lain bagi membincangkan perlantikan seorang yang terbukti terpalit dengan rasuah dalam institusi penting di negara ini.
Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi FELDA hari ini mempertikai kritikan Angggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC) Zainal Aznam Yusof yang menyifatkan perlantikan itu sebagai hari sedih, kerana bekas Meteri Besar Negeri Sembailan itu terpalit dengan tuduhan rasuah.
Bagi Abdullah Sani perkara ini perlu dipertikai kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu.
"Perlu dipertikaikan kerana ini masa depan orang Melayu yang khususnya bergantung sumber rezeki kepada kelapa sawit yang dikategorikan sebagai sumber kedua terbesar dalam negara.
"Persoalan untuk beliau mempertikaikan orang yang membincangkan soal itu boleh dianggap biadap dan ini telah melanggar etika demokrasi, bahawa orang boleh memberikan pandangan," kata Abdullah lagi.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata Isa jangan melihat teguran itu bersifat peribadi.
Menurut Wan Saiful, soalan yang diajukannya pada forum anjuran IDEAS itu kepada Zainal, adalah bersabit bagaimana individu yang bergelar ahli politik boleh dilantik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Namun malangnya ujar Wan Saiful, dalam konteks itu, Isa adalah orang yang menerima jawatan itu dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang terpalit dengan salah laku rasuah yang membelit dirinya.
"Saya rasa pandangan itu mungkin diambil bukan dengan cara yang sepatutnya. Mungkin beliau ambil (pandangan) itu sebagai kritikan terhadap dia. Jadi yang saya hendak jelaskan ialah, kita bukan hendak mengkritik dia.
"Dalam hal ini saya harap Tan Sri Isa tidak ambil secara peribadi sebab kritikan itu bukan kritikan secara peribadi tetapi adalah kritikan dari sudut proses perlantikan beliau yang dibuat oleh orang lain, bukannya beliau yang melantik diri sendiri.
"Jadi rasanya target sebenar Datuk Zainal Aznam dan saya pada program yang sama, target kami adalah proses itu, bukan kepada Tan Sri itu sendiri," jelas Wan Saiful yang berada di New Delhi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.
Terdahulu, kemuraman pasaran saham yang menjadi tidak menentu dengan perlantikan Isa juga dipersetujui oleh ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Zainal pada forum itu menyifatkan keterlibatan Isa dengan beberapa siri rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.
Isa terpalit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disiplin Umno pada 2005.
Malah menurut Zainal, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.
Namun Isa yang mendengar pandangan pakar ekonomi ini pantas melenting kerana mungkin rasa tersindir dengan pendapat itu.-TVSNews
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
No comments:
Post a Comment