Friday, February 11, 2011

Ops Lalang: Najib Orang Pertama Yang Sepatutnya Ditahan ISA



Jika polis  bertindak bersendirian tanpa arahan dari Mahathir, nescaya Najib akan ditahan. Mahathir adalah dalang kepada peristiwa Ops Lalang . Ketika itu Najib merupakan Ketua Pemuda Umno yang berucap dengan menghasut rakyat serta mengapi-apikan perkauman, menyebabkan keadaan menjadi tegang. Tapi Najib tidak ditahan disebabkan beliau merupakan Ketua Pemuda Umno. Polis mana yang berani menahan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya tidak dapat restu dan arahan dari pemimpin-pemimpin tertentu. Jika dibuat andaian, Mahathir melindungi beliau diatas kuasanya sebagai Perdana Menteri dan  Menteri Dalam Negeri ketika itu. Sekiranya pihak polis mempunyai kuasa seratus peratus tentu Najib telah pun ditangkap dan ditahan bawah ISA.


Jika benar polis bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya turut sama ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) ketika itu.

Ini kerana Najib yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu
merupakan orang pertama yang membuat hasutan mengapi-apikan kebencian
sesama kaum.

“Najib adalah orang pertama yang harus kena (ditahan). Dia orang pertama yang mengapi-apikan kebencian sesama kaum sewaktu berucap di perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad bahawa polis bertindak tanpa arahan beliau semasa Operasi Lalang 1987.

Mahathir berkata demikian di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M:
Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’
.

Johari juga berpendapat kenyataan Mahathir bahawa beliau tidak mengarahkan penahanan tersebut merupakan sandiwara dan lawak terbaik Mahathir pada tahun ini.

“Mahathir ini cuba buat lawak. Ketua Polis Negara tidak akan bertindak tanpa arahan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu yang dijawat oleh beliau sendiri. Lebih-lebih lagi dalam hal politik yang memerlukan kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut meminta agar Mahathir berhenti mencemar nama baik serta menjadikan polis sebagai kambing hitam bagi menulis semula sejarah lampaunya sendiri.

“Mahathir tak boleh cemar nama polis dan Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri pada masa itu,” kata Johari.-KeadilanDaily
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...