Thursday, February 24, 2011

Janganlah Umno Berlagak Sebagai Hero Nak Bela orang-Orang Melayu

Umno lah Pengkhianat ..
Siapa yang mengkhianati melayu..? UMNO atau PAS? Umno sebenarnya lupa sejarah... Sejarah tidak boleh membohongi hidup kita. Lupakah Pemimpin-pemimpin UMNO.? Siapakah yang hakis hak melayu dan menarik kuasa raja-raja melayu? Masihkah kita ingat, siapa yang tabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan? Siapa yang mengkhianati Dasar Ekonomi Baru? Sedangkan DEB dicipta untuk menaikkan taraf ekonomi orang melayu.  Dimana wang PPRT untuk melayu miskin..? AP pula untuk kuota melayu. Tapi melayu mana. Tentu melayu atasan dari UMNO yang membolotnya..  Yang tertindas hanyalah melayu pinggiran.  Projek dan tender kecil untuk melayu bawahan diambil dan di Ali babakan. Siapakah yang untung.? Tentu pemimpin melayu UMNO. Hak istimewa orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan pula dipinda. Siapakah yang memindanya..?  Biasiswa pula untuk anak-anak melayu dihapuskan.. Siapa yang menjadi dalang dan pengkhianat.? Royalti minyak untuk rakyat Kelantan dinafikan hak sedangkan rakyat Kelantan 95 peratus dari bangsa melayu. Siapa yang hapuskan Matermatik dan Sains dari bahasa melayu kepada bahasa Inggeris.? UMNO sepatutnya tak layak nak bercakap soal bangsa. Bercakap soal melayu dikhianati hanyalah gimit politik UMNO semata-mata.   Mereka sebenarnya hilang kredibiliti sokongan politik daripada orang-orang melayu, terpaksa memainkan isu melayu untuk mendapat simpati orang melayu. Jika tidak dapat sokongan melayu, terkial-kial mencari sokongan. Setelah mendapat sokongan melayu, hilang melayu pun tak apa, asalkan aku, kroni aku, kaya raya. Melayu yang lain papa kedana...Kesimpulannya UMNO lah pengkhianat kepada bangsa melayu... 
Baca selanjutnya di bawah ini...
PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.

PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.


“Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?

“Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?” soalnya.

Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.

“Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?” soalnya lagi.

Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai.

Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.

PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini.

Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.

“Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.

Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.

“Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan PASmemperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.-HarakahDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...