Sunday, February 6, 2011

Jika Gobala Bermaruah, Beliau Harus Letak Jawatan Ahli Parlimen Padang Serai


Dulu adun-adun lain menjadi katak, melompat sana sini, Gobala adalah pemimpin yang paling lantang  bersuara memarahi katak-katak itu namun begitu, kini beliau sendiri menjadi katak Padang Serai. Begitulah  mainan orang politik yang bercakap tidak serupa bikin, pentingkan diri. Jika beliau bermaruah berikan kembali mandat itu kepada rakyat. Porahhhh...


Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.


Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

HarakahDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...