Dulu adun-adun lain menjadi katak, melompat sana sini, Gobala adalah pemimpin yang paling lantang bersuara memarahi katak-katak itu namun begitu, kini beliau sendiri menjadi katak Padang Serai. Begitulah mainan orang politik yang bercakap tidak serupa bikin, pentingkan diri. Jika beliau bermaruah berikan kembali mandat itu kepada rakyat. Porahhhh...
Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.
"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.
"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.