Monday, February 28, 2011

Taib Mahmud Lebih Kaya Daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Clare Rewcastle Brown bersama Peter John Jaban giat mendedahkan kekayaan luar biasa Taib Mahmud
Memandangkan kekayaan Taib adalah luar biasa, rakyat Sarawak harus berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang. Jika beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri,  samalah mengekalkan perasuah dan penyamun  harta rakyat, nescaya khazanah Sarawak akan terus dinikmati bersama keluarganya,  malah rakyat akan terus menderita dan dihimpit kemiskinan, sedangkan hasil bumi Sarawak adalah yang tertinggi di negara ini. Rakyat Sarawak harus menyingkir Taib dari terus berkuasa dengan tidak memberi undi kepada BN (BARISAN NASIONAL).  
Baca selanjutnya di bawah ini ...

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.

“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.

Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.


Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

“Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya,” katanya dipetik.
Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.

Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.

Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyayang sehingga berusia lapan tahun.- KeadilanDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...