Sunday, February 13, 2011

Jadikan Kejatuhan Hosni Mubarak Iktibar


Penguasa  Malaysia dan Mesir,  sinonimnya lebih kurang sama. Dasar 
ekonominya menekan rakyat, zalim, sistem pilihan raya yang berat sebelah, tidak adil serta pentingkan kroni-kroni. Tangkap ulama dan ribuan rakyat yang bersuara mengkritik dasar-dasarnya, dipenjara serta ada rakyat hilang tanpa boleh dikesan. Hampir 3o tahun, rakyat Mesir hidup di bawah pemerintahan kuku besi.  Doa sekelian rakyat dan ulama termakbur. Kini rakyat Mesir berjaya menumbangkan pemerintahan ditaktor


Peristiwa Mesir perlu dijadikan iktibar anak muda agar berani menentang kebatilan.

Hal itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mengikut rapat peristiwa bersejarah ini.

Menurut beliau, keadaan di Mesir sinonim dengan Malaysia dengan penindasan pemerintah terhadap rakyat dan pembangkang.

"Itu merupakan ilmu dan manfaat yang harus kita pelajari apatah lagi dalam konteks Mesir ini dekat dengan Malaysia. Ada pemerintah zalim, dasar ekonomi menekan, sistem pilihan raya yang tak adil serta pembangkang yang tidak dibenar beri pendapat mereka. Lebih kurang sinonim keadaannya dengan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.

Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Semalam Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera
.

Malah, sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni tersebar luas, kedengaran pekikan "Allahu Akbar" dan sorakan kejayaan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama. Ada yang membakar mercun dan bunga api tanda gembira.

Shamsul meluahkan rasa hormatnya kepada rakyat Mesir khususnya golongan muda yang menggunakan teknologi bagi menggembeleng tenaga menentang diktator ini.

"Ini lumrah kerana apabila berjaya jatuhkan kerajaan regim ini, 'confidence' level mereka tinggi. Saya berikan hormat kepada rakyat Mesir bertahan selama 18 hari, hal ini bukan mudah. Saya juga ucapkan tahniah kepada orang muda di sana. Saya difahamkan, yang beri kesedaran politik ialah gerakan anak muda melalui facebook, twitter dan sebagainya dan terus bertegas agar Hosni Mubarak meletak jawatan," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...