Penguasa Malaysia dan Mesir, sinonimnya lebih kurang sama. Dasar
ekonominya menekan rakyat, zalim, sistem pilihan raya yang berat sebelah, tidak adil serta pentingkan kroni-kroni. Tangkap ulama dan ribuan rakyat yang bersuara mengkritik dasar-dasarnya, dipenjara serta ada rakyat hilang tanpa boleh dikesan. Hampir 3o tahun, rakyat Mesir hidup di bawah pemerintahan kuku besi. Doa sekelian rakyat dan ulama termakbur. Kini rakyat Mesir berjaya menumbangkan pemerintahan ditaktor
Peristiwa Mesir perlu dijadikan iktibar anak muda agar berani menentang kebatilan.
Hal itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mengikut rapat peristiwa bersejarah ini.
Menurut beliau, keadaan di Mesir sinonim dengan Malaysia dengan penindasan pemerintah terhadap rakyat dan pembangkang.
"Itu merupakan ilmu dan manfaat yang harus kita pelajari apatah lagi dalam konteks Mesir ini dekat dengan Malaysia. Ada pemerintah zalim, dasar ekonomi menekan, sistem pilihan raya yang tak adil serta pembangkang yang tidak dibenar beri pendapat mereka. Lebih kurang sinonim keadaannya dengan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.
Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.
Semalam Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera