Monday, February 21, 2011

Utama Melayu: Utusan Putar Belit Kenyataan Nik Aziz


Utusan Malaysia sepatutnya  tidak mengambil kesempatan memutarbelit kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Seharusnya biarlah dilihat sebagai sebuah akhbar penyebar fikiran rakyat. Bukan sekadar mengambil peluang sebagai ejen fitnah serta alat propaganda politik sempit UMNO. Justeru itu , biarlah dilihat sebagai sebuah akhbar yang professional  bebas,  wibawa tidak menggadai prinsip dan etika kewartawanan. 
Baca selanjutnya di bawah ini...
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa akhbar lidah Umno itu sekali lagi menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan.

Ahmad Fadhli menjelaskan bahawa laporan tersebut merujuk kepada ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Sebenarnya, tegas beliau, Nik Aziz hanya merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.


Petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

"Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut:

"Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya.

Oleh yang demikian, tegas Ahmad Fadhli, tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

Justeru, tegas Ahmad Fadhli, tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang Melayu, namun tidak menjadikan isu itu sebagai alat untuk menarik sokongan orang Melayu seperti Umno yang menurutnya mempergunakannya untuk kepentingan politik.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap akhbar tersebut tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sebarang laporan selepas ini dan berharap kerjasama dan hubungan baik akhbar tersebut dengan pejabat menteri besar Kelantan boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.-TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...