Saturday, February 5, 2011

PAS Setuju Nik Aziz Dialog Dengan Majlis Fatwa


Umno sebenarnya boleh mengumpul seberapa banyak ulamak yang menyokong mereka untuk berdailog dengan Tok Guru Nik Aziz. Mereka boleh angkut beberapa banyak ulamak yang mereka ada. Tapi mereka takut kerana mempunyai fakta palsu dan ulamak upahan yang hanya berani bersuara melalui kenyataan diakhbar. Kualitinya tak ada. Lempar batu sembunyi tangan. Itu yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno. Soal berdailog atau debat bukanya untuk mencari kemenagan tapi hanya untuk mencari kebenaran dan keadilan. 


PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.


"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.-HarakahDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...