Mereka telah ditindas, dizalimi serta ditekan dari berbagai sudut oleh pemerintahnya selama 30 tahun. Jutaan rakyat Mesir kemudian bangkit menentang pemimpin korup mereka sehingga ramai yang terkorban. Keberanian rakyat Mesir harus dipuji.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi salut kepada rakyat Mesir yang berani melawan regim zalim, berbeza dengan rakyat Malaysia yang mempunyai sikap toleransi tinggi sedangkan penderitaan yang dialami, sama.
“Selama 30 tahun mereka ditindas, mereka bangkit melawan. Kerana ini, kita salut mereka kerana keberanian mereka,” kata Khalid kepada 5,000 rakyat di depan kedutaan Amerika, petang tadi.
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) baru-baru ini cuba meminda akta mesin cetak dan penerbitan – mengikut jejak Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini yang akhirnya memakan diri sendiri bila jutaan rakyat Mesir mengamuk di jalan raya
.
“Kita menyokong keberanian rakyat Mesir bangun menentang pemimpin korup mereka. Kita sedar kerana situasi kita juga sama dengan mereka di sana,” katanya lagi.
Hosni yang memerintah selama 30 tahun, telah melaksanakan pelbagai dasar zalim terhadap rakyatnya lantas ‘meletupkan bom jangka’ yang sudah dipendam rakyat ketika era pemerintahannya.
Mesir pada 25 Januari lepas digegarkan dengan jutaan rakyat turun ke jalan, tanda benci terhadap sikap angkuh Hosni yang tidak mempeduli hampir 40 peratus rakyatnya berada di paras kemiskinan.-Keadilan Daily
.
No comments:
Post a Comment